umi nor syeida
Older Post | Newer Post
umi nor syeida

Assalamualaikum.menulis dilayar perak.itukegemaran.menulis untuk luahan.menulis di atas dasar yang mudah kehidupan.Di sini,yang tersurat adalah yang tersirat.Kau mungkin mengerti ayat yang berselindung disebalik ayat.Fahami lah,jikalau itu sekeping kehendak hati.

-



 ~ SOAL CINTA ~
Sunday, June 19, 2011 @ Sunday, June 19, 2011 | Comment (0)


Ketika Jatuh Cinta..
Cinta Lah Dia Dalam Diam Dari Kejauhan..Dengan Kesederhanaan  Dan Dengan Penuh Keiklasan....
Ketika Cinta Kini Hadir Tidaklah Untuk Yang Maha Mengetahui,Saat Secercah Rasa Tidak Lagi Tercipta Untuk Yang Maha Esa  ..
Izinkan Lah Hati Bertanya Untuk Siapa Ia Muncul Dengan Tiba-Tiba..Mungkinkah Dengan Redhanya Atau Hanya Mengundang Murkanya..
Jika Benar Cinta Itu KErAna ALLAH Maka Biarkanlah Ia Mengalir Mengikut Aliran ALLAH Kerana Hakikatnya Ia Berhulu Dari ALLAH..Maka Ia Pun Berhilir Hanya Kepada ALLAH..

‘’Dan Segala Sesuatu Kami Sediakan Secara Berpasang-Pasangan Supaya Kamu Mengingati Kebesaran ALLAH’’ (QS.Adz Dzariat : 49)

Lantas Hati Ini Berkata ‘’Cukup Lah Menyintai Dia Dalam Diam’’
Bukan Kerana Aku Membenci Hadirnya, Tetapi Menjaga Kesuciannya ,
Bukan Juga Kerana Aku Menghindari , Menjauhi Dunia Tetapi Aku Ingin Meraih SyurgaNya
Bukan Kerana Lemah Untuk Menghadapinya Tetapi Menguatkan Jiwa Dari Godaan Syaitan Yang Begitu Halus Dan Sentiasa Berusaha Untuk Mengoda Tidak Mudah Untuk Syaitan Berputus Asa..

Cukuplah Cintai Dia Dari Kejauhan ..
Kerana Hadirmu Tiada Kan Mampu Menjauhkan diri Dari Ujian..
Kerana Hadirmu Hanya Akan Menggoyahkan Iman Dan Ketenangan...
Kerana Mungkin Juga Akan Membawa Kelalaian Hati – Hati Yang Terjaga

Cukuplah Cinta Dia Dengan Penuh Kesederhanaan Dan Penuh Keikhlasan Walaupun Berjauhan..
Memupuk Cinta Itu Hanya Akan Menambah Penderitaan Hati, Menyalakan Rasa Membenci, Melalaikan Diri, Menumbuhkan Harapan Yang Sentiasa Membajai Kebahagian Para Syaitan , si Penghuni Neraka jahanam !!

Maka Cintailah Dia Dengan Keikhlasan ..
Kerana Tentu Kisah Fatimah Dan Ali Bin Abi Thalib Yang Diinginkan Oleh Hati...

‘’Boleh Jadi (Pula) Kamu Menyukai Sesuatu , Padahal Ia Amat Buruk Bagi Mu. ALLAH Mengetahui, Sedang Kamu Tidak Mengetahui’’ (QS . Al Baqarah :  216)

‘’Wanita – Wanita Keji Adalah Untuk Lelaki – Lelaki Yang Keji, Dan Lelaki –Lelaki Adalah Buat Wanita-Wanita Yang Keji Pula..
Wanita –Wanita Yang Baik Adalah Untuk Lelaki-Lelaki Yang Baik Dan Lelaki-Lelaki Yang Baik Adalah Untuk Wanita-Wanita Yang Baik Pula’’
( QS , An Nuur : 26 )

Cukup Lah Cinta Dia Dengan Penuh Kesederhanaan Dan Keikhlasan
Kerana Tiada Yang Tahu Rencana Tuhan .
Mungkin Saja Rasa Ini Ujian Yang Akan Melapuk Atau Membeku Dengan Perlahan ..
Kerana Hati Ini Begitu Mudah Untuk Dibolak-Balikkan..Serahkan Rasa Yang Tiada Sanggup Dijadikan Halal Itu Pada YANG MAHA MEMBERI Dan Memilikinya.
Biarkan DIA Yang Mengatur Semuanya Hingga Keindahan Itu Datang Pada Waktunya..

‘’Barang Siapa Yang Menjaga Kehormatan Orang Lain, Pasti Kehormatan Dirinya Akan Terjaga’’ (Umar Bin Khattab R.A)

YAKIN LAH BAHAWA PILIHAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK