umi nor syeida
Older Post | Newer Post
umi nor syeida

Assalamualaikum.menulis dilayar perak.itukegemaran.menulis untuk luahan.menulis di atas dasar yang mudah kehidupan.Di sini,yang tersurat adalah yang tersirat.Kau mungkin mengerti ayat yang berselindung disebalik ayat.Fahami lah,jikalau itu sekeping kehendak hati.

-



 Cerita dua Ganda
Saturday, July 28, 2012 @ Saturday, July 28, 2012 | Comment (2)


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Ramadhan kembali lagi.
Ramadhan, Kau disambut dengan bersederhana sahaja.
Tahun lalu ramadhan disambut dengan teman.
Jauh berlainan dengan tahun ini.
Dulu nya bersahur dengan teman.
Dulu nya berbuka puasa juga dengan teman.
Memasak juadah waktu petang juga bersama teman.
Mahu ke Bazar [Parit Baru]
Mahu ke Cafeteria.
Berterawih di Surau Mak Cik simpang.
Berterawih di Pusat Islam.
Semuanya ber TEMAN.

Tahun ini.
Aku juga ''berteman''
tapi bukan lagi dengan kalian.
tiada lagi suasana bersahur,berbuka puasa dengan kalian.
aku,kau,dan kau kini berjauhan.
yang tinggal hanya kenangan.

Dan 

Tawaran pembelajaran sudah diketahui.
September bakal mengukir sejarah baru untuk kalian.
Tahniah ku ucapkan.
Aku tahu,
Kau akan mendapat sahabat jauh berjuta kali lebih baik dari aku.
Persahabatan itu harus terpancar keikhlasan dan kejujuran,namun bohong kalau aku tidak pernah menipu kalian.

Apa pun aku,aku tetap ikhlas dengan persahabatan ini.
Jujur aku katakan.
Percaya atau tidak terpulang.

From 2009 to 2011
  **Aku rindu kat korang semua.terima kasih kerana menjadi SAHABAT.